Follow me on Twitter RSS FEED
Posted in

UNIC - Insan Bernama Kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

c/o Kusampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang kupinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ulang c/o

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

*** Alhamdulillah..dalam banyak2 lagu yang aku dok layan selama 3 4 minggu ni,akhirnya aku temui juga sebuah lagu yang benar2 memberi ketenangan dan kegembiraan buatku. Memang tabik r dengan lirik lagu ni. PERFECT 100% aku bleh kasi.. Dari start sampai la ending dia..Muzik besh..lirik plak memang bermakna gle2.. setiap hari mesti dengar lagu nih. Memang layan sangat2. And tuk dia..semoga kamu mengerti lirik lagu ini..kerana ia juga lahir dari hatiku..
Miss & Love Her So Much..
Posted in
ADA APA DENGAN CINTA


Bila disebut je pasal cinta..macam2 la keluar.. madah..kata2 indah..perumpaan..and so on. Tapi pentingkah cinta tu bagi sorang pelajar universiti?? Ada orang kata..bila ada awek time belajar..smua leh jadi +ve. Malas belajar jadi rajin belajar.. Yang tak bersemangat nak belajar pun..kadang2 leh dapat extra power! Tak kurang jugak yang tak berapa pandai,bleh jadi pandai bila dapat pasangan yang pandai.. Tapi situasi aku ni plak cam len je dari orang len. Belajar..takde la pandai mana. Nak kata sebab ada awek..tak bleh concentrate tuk stdy..awek pun takde! Nak kata takde awek,so belajar pon tak pandai..cam plek..jer bunyi?? Ramai je yang pandai2 yang berjaya2 takde awek time zaman dok universiti.. Haih~~


Alkisah nak dijadikan cerita..sebelum masuk U ni..aku dah bertekad..malas dah nak pk2 pasal cinta2 ni..wat serabut kepala jer.. Dah nama pun amik engineering.. Bak kata abang aku, nak cari awek..jangan cari awek dak engineering,sebab pakaian dorang..style dorang pon..dah cam laki..sebab nanti nak jadi engineer.. Hahahah. Tapi bila difikir2kan balik..bukan la semua camtu bro.. U ko memang la..sebab UIA.. Abis la tak laku semua dak2 pompuan engineering camtu.. Hhaahah


Awal semester 3 ni aku amik la balik subjek Engineering Math 1 sebab dulu kantoi..kuang3. Pening jugak la kepada nak settlekan jadual ari tu.. Banyak yang clash.. Setelah berulang-alik sari suntuk,so..aku pun berdaftarlah masuk satu kelas ngan dak2 junior ni.. Dak2 pure chemical..asalnya bukan kelas ni pun aku nak daftar..tapi lepas ada perubahan jadual,kelas ni je yang layak ‘menerima’ aku..hahahh . sebab yang len2 lagi trok clashnya..


Tah cam mana..1st class aku tu..dah terpandang kat sorang girl ni.. Hmm memang ari tu pandangan aku asyik terarah kat die jer.. Ish..janji aku dulu pun mula bermain2 balik di kepala.. Fikiran aku mula mengajukan pelbagai soalan.. “siapakah dia,apa nama dia,asal mana,matrix mana,dok blok mana,dah ada BALAK ke blom..” Hmm..dah lari nawaitu aku masuk kelas tu ari tuh. Seb baik la kelas tak start lagi. Dalam ramai2 dak pompuan kelas tu..asal la aku asyik nak tengok dia jer.. hmmm. Start hari tu,usaha aku tuk ‘mencari’ dan ‘mengenali’ dia pun bermulalah.. Macam2 yang aku buat..tak perlulah dicerita..sebab memang complicated sangat! Yang penting…aku berusaha dengan kudrat dan keringat aku sendiri…bukan guna benda2 tak elok yang haram k..

Then, dapat la..email dia..nama..dan macam2 lagi lah. Dan yang peliknya..semua yang aku dapat dan tahu pasal dia..semua secara kebetulan.. Macam senang je aku nak ‘kenal’ dak pompuan nih. Tapi aku takut jugak..orang kata “senang dapat..senang jugak terlepas”. Haih~~ Aku cuba mengenali dia dengan lebih dekat.. Alhamdulillah…baik budaknya.. Tak macam yang aku sangka..ingatkan jenis yang sombong..tapi ternyata jangkaanku jauh meleset! Setelah lama mengenali dia..ternyata memang aku mula suka dan sayangkan dia. Nak kata lawa..tak la lawa sangat…tapi ‘cute’ tu ada la.. Tapi bagi aku..lawa ke tak,tu bukan persoalannya..asalkan gembira dan bahagia..ok la..

Lau nak diceritakan sal dak nih..memang panjang..dan takkan abis. Just ckit info pasal dia.. Orang Kelantan jugak…R L nama dia.. Sukakan budak2..sama cam aku.. Rajin..matang dan pandai amik hati orang,dia kata dia romantik..tapi tak tunjuk sangat..mungkin btol la kot. Aku pun taktau status aku ngan dia macam mana.. Dia kata..dia tak nak pk pasal cinta2 ni..nak pk sal belajar jer dlu.. So..k aku leh trima.. Tapi kadang2 risau jugak aku..ke memang di hati dia memang dah ada orang lain… Tahlah..jodoh pertemuan di tangan Allah.. Sapa lah aku ni..tak mampu berbuat apa2.. Selalu jugak la aku dedicate lagu dan ucapan kat dia dalam radio U aku malam2..dengan harapan..dia mengetahui dan menyedari keikhlasan niat aku yang sebenar.. Tapi sayangnya..semuanya nampak cam blur2 je lagi.

Kesimpulannya..memang aku sukakan dia kerana diri dia..dan memang aku sayang dia sangat2. Tapi tak mustahil jugak suatu hari aku akan kecewa dan terluka disebabkan dia.. Aku hanya mampu berserah dan berdoa pada Dia… “Andai dia tercipta dan sememangnya yang terbaik untukku..Engkau permudahkanlah segala2nya bagiku. Andai dia bukanlah jodohku,Engkau putuskan hubungan kami dan Engkau tabahkanlah hatiku agar mampu melupakan dia dan mampu untukku membuang perasaan aku padanya sejauh mungkin…”
Miss & Love Her So Much… biarlah dia tak merasakannya..asalkan aku tahu..aku ikhlas menyayangi dia seadanya.
Posted in
AKU DAN SEMESTER 3


Sedar tak sedar, dah hampir setengah sem dah belajar tuk semester3(tahun 2) ni. Kejap je rasa.. Mungkin sebab dah 2sem/setahun belajar kat sini. Jadi dah tau dah macam mana nak hidup dan corak hidup kat sini. Tapi apa sebenarnya beza sem 3 ni dengan sem2 yang lepas??

Banyak sebenarnya perbezaan antara semester3 ni dengan 2semester yang lepas. Yang pertama, pastinya 2sem yang lepas aku tinggal kat hostel sana. 4 orang sebilik..dan tingkat atas sekali dari bangunan 5tingkat..haih~~ Tapi sekarang,aku dok umah plak..8 orang serumah,2orang sebilik dan ada 2 toilet. Yang sememangnya lebih selesa dan membuat aku gembira berbanding sewaktu berada di hostel dulu. Walaupun selesa,tapi jarak tuk ke kelas pastinya lagi jauh dan rasanya ada la 2x ganda jarak dulu. Huhu~~ berpeluh2 jugak la awal2 sem3 dlu time kena jalan kaki… Tapi Alhamdulillah..aku tetap bersyukur meskipun rumah aku ni berada antara blok2 terakhir di belakang sana,tapi bilikku ternyata selesa dan memuaskan. Banyak ruang tuk aku belajar dan tak sama cam dulu yang agak terhad. Yang paling best,aku bleh men laptop ngan study atas katil sambil meniarap seperti kebiasaan dan amalan favouriteku sewaktu zaman2 sekolah and tinggal kat umah dulu. Hahahah

Kedua, pastinya dengan kehadiran MODENAS GT128, CCL1862 ku yang ternyata memberi harapan dan sinar baru untuk aku terus belajar dan berjaya di sini..(cewah ayat~~hampeh!) Walaupun jauh untuk ke kelas,masjid dan sebagainya..namun dengan adanya motor kesayangan aku ni..semuanya jadi mudah dan cepat! Hahahah. Tapi ada motor pun,time management aku tetap dijaga, ke kelas seperti biasa tak pernah lewat walaupun bleh je nak gi lewat.. Namun adanya motor pun,banyak jugak cabaran dan dugaan bagi aku. Minyak motor pun nak kena pk..condition motor pun nak kena jaga.. Tapi malang,motor baru2 pun ada ada calar..haihh~~ni gara2 orang la..bukan sebab aku..

Seterusnya apa lagi ek?? Em..pastinya credit hours tuk sem ni jugak berkurang berbanding 2sem lepas..Kenapa?? Lu pk la sendiri…haih~~ menyesal pun ada.. Kenapa la dulu tak belajar btol2..?? Memang tak dinafikan sem ni sebenarnya agak ringan bagiku,masa kuliah pun berkurang.. Ternyata bleh relax and tak tension cam dulu2. Tapi aku mungkin silap! Sebab sem4 nanti aku akan kepenatan dan keletihan tahap melampau cam 2sem sebelum nih! Pastinya keperitan tu akan terasa dan hadir jugak nanti. Cuma tunggu masa dan ketikanya saja ia akan muncul..Huhuhu.

Apa yang masih menjadi persoalan dan sering menghantui diriku sekarang.. Ke mana perginya diriku yang dulu. Ke mana hilangnya zaman kegemilanganku dulu?? Kenapa aku masih tercari2 dan menanti detik dan saat itu untuk hadir dan muncul kembali dalam hidupku.. Kenapa aku tidak mampu secemerlang dulu dalam pelajaranku?? Haih~~ Tension dibuatnya! Menjadi the youngest in family pun kadang2 memang memberi tekanan kat aku. Dulu aku ingatkan abang2 dan kakak2 aku senang2 bleh masuk U..grad..dan keje, so aku pun cam tu jugak la.. Tapi sebenarnya, sekali lagi diri ni tersilap. Zaman berubah, cabaran dan saingan turut berubah. Tak bleh samakan zaman dorang ngan zaman aku.. Ternyata baru aku sedar..cabaran dan harapan besar dan tinggi menanti aku tatkala semua ingin melihatku turut berjaya seperti yang lain2.. Tapi ‘mampukah’ aku untuk merealisasikanny?? Allah saja yang tau..

Nak dimudahkan cerita, aku perlu sedar dan berubah dari sekarang lau nak terus berjaya dan capai apa yang diinginkan keluarga, dihasrat dan dihajati diriku sendiri. Cukuplah dengan result SPM yang tah apa2..pointer Matrix yang cukup2 makan..dan pointer 1st year yang tak gempak langusng! Benarlah kata orang… “Sekali berada di puncak tak bermakna anda akan terus berada di puncak!” “Kadang2 kita di atas,kadang2 kita juga di bawah” Tapi malangnya kenapa sekali aku jatuh..susah sangat untuk aku bangun dan terus bangkit meninggalkan segala kelemahan2 aku dulu. “Berubahlah kamu wahai (......) pandanglah ke depan..berusaha dan carilah dirimu dan kecemerlanganmu yang dulu..” “Takut untuk berubah adalah racun kejayaan”. Inilah antara kata2 pembakar semangat untuk diriku setiap hari.

Semoga semester3 ni permulaan untuk diriku dan segala2nya…insya-Allah….
Posted in
MY NEW GT128


Lampu pun cam biru..



Dari depan

















Kanan... Kiri...








180 tu..jgn men2..!




Stylo...



Ada style dok???



CCL 1862 ku...


8 Julai 2009, hari Rabu…Hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya aku memiliki motosikalku sendiri. Pastinya Made In Malaysia, brand MODENAS dengan keluaran terbarunya GT128. Motosikal ni baru je launch Mac yang lalu klau tk silap aku la. Kiranya aku bertuah jugak la apabila menjadi antara pembeli dan pengguna terawal motosikal buatan Malaysia ini. Yang bagi aku mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri.


Dibeli pada hari Sabtu,5 Julai 2009 di salah sebuah kedai motosikal di Kuantan dengan harga…RM5000 lebih gak la..hahaha. Motosikal Modenas GT128 bernombor CCL 1862 kini sah menjadi milik aku. Sebenarnya kedai tu call ari Selasa lagi,disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan termasuk ada kelas dari pagi sampai ke petang…so aku decide tuk amik motor ni ari Rabu.


Patut la setengah2 orang kata..motor.kereta kadang2 sayang tu lebih dari awek or bini sendiri! Hahaha Sapa tak sayang oi…motor baru.. Tapi yang klakanya sal motor ni. 1st time nak bawa motor ni balik ke UMP..aku SESAT! Hahaha Sepatutnya dari Kuantan ke UMP Gambang dalam 30-40 minit je. Tapi tah camna ari tu aku gi ikut jalan yang salah..sampaikan lalu 2 buah tol..baru sampai ke UMP… Siot tol! Tak perlu lalu tol pun sebenarnya nak balik UMP..haih..apa ke jadah awal2 gi test motor??!! Seb baik tak kna bayar tol..lau tak..PADAN MUKA AKU!! Haah


Dipendekkan cta…aku sayang motor aku nih. Bialah orang nak kata KEDEKUT ke BERKIRA ke..aku tetap takkan LEPASKAN motor ni kat orang len buat masa terdekat ni..huhhuhu. Adanya motor ni bukanlah untuk aku lebih enjoy. Tapi digunakan sepenuhnya untuk tujuan PEMBELAJARAN.. Gna motor ni sebab nak gi kelas la..jauh… Kadang2 tu boleh je gi Kuantan..shopping ke… TAPI bukan tuk gi MERONDA2 ha…! Insya-Allah..aku akan jaga dan guna motor ni elok2. Walaupun beli dengan cash,tapi bagi aku motor ni tetap HUTANG! Hutangnya..aku kena belajar bersungguh2..grad..dan dapat keje yang elok. After that,barulah bagi aku HUTANG ni LANGSAI..huhuh


LOVE MY BIKE SO MUCH!


“To ride with me..CAN..other than that,SORRY…”

Posted in
Aku Kejatuhan Motor...
Malang btol nasib hari ni.. Gara2 ke pasar malam Lundang sebab nak cari 'apa2' yang boleh dimakan time tengok bola malam ni..aku terjatuh motor setelah hampir 3 tahun berjinak2 dengan motor nih. Apa la malang btol nasib.
Pergi dah ok..tapi semuanya bertukar 'tragedi' bila nak balik. Cam biasa..aku takkan lalu jalan besar/utama..tapi telah menjadi kebiasaanku melalui jalan kampung kot belakang sana. Setibanya aku kat kialng berlian lama tu..kat situlah aku terjatuh.. Memang kat situ jalannya agak berpasir dan ada batu2 kecil..dah banyak kali jugak sebeanrnya sebelum ni aku nak2 terjatuh kat situ..tapi sebelum ni 'terselamat'. Malangnya hari ni tak macam biasa.
Bawak motor dah slow..dan aku brek cam biasa jer..tah macam mana silap 'teknik' kot..rasa cam 'licin' je tadi..tengok2..dah 'gedebuk' jatuh. Seba baik motor tak apa2..aku pun ok jer..cuma dua2 tapak tangan ni masih terasa 'pedih' sebab time jatuh tu aku tahan dengan tangan. Abis baju putihku kotor..tak lupa 'jeans' kesayangan aku.. Seb baik tak koyak..tapi yang peliknya..lutut kiri aku luka la plak..tapi sikit je..cam kena 'gigit' nyamuk gituh kesannya! hahah
Yang kelakarnya lagi..time jatuh tu ada dua orang pompuan tengah dok sembang kat situ..tahla..baru abis keja ke..apa. Apa la..wat malu jer jatuh depan pompuan.. Dorang siap tanya lagi.. "sakit ke..bleh bangun ke..?" Seb baik tak serius...aku pun apa lagi, 'cepat2' la..bangun dan blah.. Tapi sempat la aku kata.."jalan licin..berpasir.." (bajet nak control la tuh!) wakakka
Posted in
Orkes Nirwana

Jeffydin


Gara2 terlalu enjoy dengan persembahan kumpulan Kristal dalam ABPBH yang lalu di mana Kristal telah menyampaikan 3 buah lagu Pop Yeh Yeh (Ayahku Kahwin Lagi,Kenanganku, dan Tak Mengapa) dalam version Rock dan berduet dengan penyanyi2 asal lagu2 tersebut,maka ‘kegilaan’ aku terhadap lagu2 Pop Yeh Yeh ni mula menyerangku kembali..hahahah Tak puas rasany bila menonton kembali video yang sempat aku record malam tu.


Dan dari situ gak ah time study week agaknya…time tu jgk U akan dilanda masalah gangguan air(hampeh), dalam dok tension2 tu aku ‘mencari’ dan ‘mendownload’ semua lagu2 Pop Yeh Yeh yang Kristal nyanyikan..mau dalam 10 lagu kot semuanya.. sebab dorang pun memang ada release full album yang Pop Yeh Yeh dlu.. Asal serabut kepala otak time study je,aku dengar lagu2 tuh! Enjoy gla..


Dan bla blk cti kt umah ni plak..disebabkan dah selalu sangat layan yang Kristal punya..ditambah plak dengan rasa kebosanan tahap melampau di rumah ni, so malam2 bermulalah kegiatan mendownload lagu2 Pop Yeh Yeh nyanyian asal penyanyi dulu2..huuhuu berbaloi gak la..banyak yang dapat! Sekarang tiap2 ari dok layan lagu Pop Yeh Yeh..men game ke..blogging ke..sampai anak sdare aku yang kcik umur 1 tahun setengah tu pun layan sekali!(mangsa keadaan) hahaha. Tapi happy ngan tergelak plak bila lihat ‘aksi’ dia..kcik2 dak reti joget..ish3..budak2 zaman sekarang nih!


Ni antara lagu2 yang ada dalam koleksi simpanan aku sekarang..tapi sorry..BUKAN untuk DIDOWNLOAD..sebab lau nak upload..tenet kat umah slow r..:

1. A. Halim - Kisah Dan Tauladan
2. A. Rahman Hassan - Tak Mengapa (lagu favourite mak aku)
3. A. Ramlie - Hidup Bersama
4. A. Ramlie - Oh Fatimah
5. A.Ramlie - Kenagan Mengusik Jiwa
6. A. Romzi - Dendang Remaja
7. A. Romzi - Cincin Emas (lagu favourite mak aku)
8. A. Romzi - Zunika
9. Azizah Mohammad - Syurga Idaman (lagu favourite mak aku)
10. Jeffrydin - Berjanji
11. Jeffrydin - Dendang Remaja
12. Jeffrydin - Gadis Manja
13. Jeffydin - Kasih Berduka
14. Jeffrydin - Kenanganku (lagu favourite mak aku)
15. Jeffydin - Malam Pasaria
16. Jeffydin - Mas Mona (lagu favourite mak aku)
17. Jeffydin - Peristiwaku
18. Jeffydin - Siti Haida
19. J. Mizan - Hari Ini Dan Semalam
20. M. Sharrif - Azizah
21. M.Sharrif - Malam Pasaria
22. M.Sharrif - Suzana
23. M.Sharrif - Zunika
24. The Zurah - Bibir Mesra Jiwa Parah
25. The Zurah - Keindahan Pantai


Tak larat nak ‘listkan’ yang len2..sebab ada yang tak berapa besh! Sekarang barulah aku tau..kenapa time aku kecik2 dulu sampai la sekarang..mak aku minat btol ngan lagu2 Pop Yeh Yeh nih! Sampai sekarang pun masih ‘layan’ lagu2 tu..terutamanya yang Jeffrydin punya..hmmm


Posted in
Jus Carrot



Sebelum cuti sem ritu lagi aku dah plan sebenarnya..cuti 2 bulan kali ni jadilah aku nak minum air carrot(carrot juice) nih. Setelah cuti sem1 yang dulu banyak aku bazirkan masa dengan tah apa2..kali ni insya-Allah..sekurang2nya ada jugak la benda yang berfaedah akan aku buat. Huhuhu

Jus carrot ni sebenarnya baik untuk mata(penglihatan). Aku dapat tau benda ni pun masa darjah 3 lagi rasanya..daripada sorang kawan. Mak dia selalu buatkan dia air carrot ni sebab katanya baik untuk mata kita. Memang btol pun sebenarnya.. Sebab aku sendiri ada terbaca dalam sebuah buku beberapa bulan lepas mengenai kebaikan carrot nih.

Kenapa aku berminat dan teringin sangat nak minum air carrot nih?? Padahal kat U pun selalu gak minum..hmm.. Actually..sebab aku rasa mata(penglihatan) aku makin lama makin trok la.. Tak dinafikan..aku pkai spec sebenarnya dalam kelas je..sebab time lecture lau tak pakai..habis la aku.. Dan yang paling trok lagi..sebab kadang2 tu ada member2 aku yang tegur tengah jalan..tapi malang+kesiannya aku selalu+susah sangat nak cam sapa orang yang tegur aku tu..ni gara2 mata dah trok la nih! Kena tunggu datang dekat baru cam.. Trok btol la aku nih. Kadang2 silau time siang ari pun trok gla.. Lau malam..lagi la..orang tegur..aku buat2 senyum jer..padahal bukan nampak+cam pun..sebab gelap kan..

Mudah2an..semoga cuti 2 bulan ni…ada la dapat kesan positif daripadanya. Buat sapa2 yang rasa nak cuba..and rasa ada prob dengan mata..try ah! Bukan susah pun nak buat..blend sendiri je carrot tu.. Dan tak mahalnya..aku beli ritu pun dalam RM3.50 tuk 1kg..ada dalam 5 batang..besar2 gak r.. Ok la..bleh la kot tuk diminum 5-7 ari.. Yang eloknya sebatang sari la.. Aku minum pun dalam 2-3 gelas sari..

Ni plak antara kebaikn2 carrot:


  1. Baik untuk gigi

  2. Mengatasi keletihan (sesuai benar la tuk pelajar2)

  3. Cegah jangkitan kuman & bakteria

  4. Menjaga sistem saraf

  5. Awet muda

  6. Mencerahkan mata (target utama aku nih!)

  7. Mencerdaskan akal (bagus tuk pelajar2 macam ku)

  8. Mencegah serangan barah

  9. Melawas buang air kecil

  10. Membaiki hati & membasmi kelupaan (Imam as-Sya'rani)
Posted in
SELAMAT HARI GURU…

Lama dah tak wish ‘Selamat Hari Guru’ kat cikgu2.. Maklumlah nombor2 tepon dorang pon banyak dah yang takda da.. Cerita pasal Hari Guru..time sekolah2 dulu slalu+ske gak bagi hadiah2 kat cikgu2 aku.. Kira cam dah jadi amalan biasa la bila tiba Hari Guru..sibuk kumencari hadiah untuk diberikan kepada mereka. Tapi tak semua la yang aku bagi..pokai la wei! Cikgu2 yang penting2 je selalunya akan aku bagi..cam cikgu kelas ke..cikgu MUZIK aku ke..hmm

Sebut pasal cikgu2 plak..erm..tah baper orang cikgu dah yang mengajar aku dari darjah 1 sampai la Form 5. Tu baru kat sekolah..tak termasuk yang time tuisyen lagi! Erm..ramai btol cikgu2 kat Malaysia ni ek?? Hahahha

Tapi dari dulu sampai la sekarang..hanya sorang cikgu ni je yang masih+selalu aku terigatkan.. Cikgu ‘R’(bukan nama sebenar). Knapa?? Ntahlah..banyak plak kalau aku nak bercerita. Huuhu Ternyata Cikgu R ni banyak+manis btol kenangan selama mengenali dia. Ish..len macam..je bunyik? Apa citer ni weh?? Dan lama plak rasanya tak jumpa dia.. Tak terserempak la plak kat mana2.. Agaknya sebab tak gi sekolah kot..memangla tak jumpa tu.. Tapi Insya-Allah..ada rezeki..ada masa..ada peluang..jumpa la tu nanti. Pastinya pertemuan kali tu pertemuan terakhir bagi aku..huhuh

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU2 YANG PERNAH MENGAJAR AKU..
Posted in

(NUR QAISARA HAZIQA(22 bulan)...aka Sara,Chara,Ara,Dik Ra,Rara,Mek Cino,Ti Kene'apa lagi..)



Cuti semester selama 2 bulan ni taktau la plak nak buat apa.. Nak keje,apa keje la aku bleh buat?? Tapi yang pasti cutiku selama 2 bulan ni mesti aku kena jadi baby-sitter. Asal cuti je..mesti kena jaga budak kecik..haih.. Hmm..walaupun aku tak terlibat ssecara langsung dalam menjaga Si Kenek tuh, tapi selaku pembantu kepada mak aku..perlulah aku memberi komitmen yang tinggi. Hahahaha Cuma yang best,tak perlu mandikan & basuh berak dak kecik..sebab aku tak reti...hahahaha. Setakat balik ni tak pernah lagi aku kena buat susu..tapi esok lusa kena jugak rasanya..uhuhuh

Kadang2 menjadi anak/adik bongsu dalam keluarga ni tak best mana pun..sebab takde adik. Menyebabkan anak2 saudara aku tu aku anggap cam adik2 aku gak r kadang2. Memang besh men ngan dorang..ngan budak2 kecik nih. Tapi tu ah,skill nak jadi baby-sitter ni kureng gak r bagi aku...huhuh Tapi apa je aku leh buat..layan jelah...

Time manja,baik,dengar kata..besh r..tapi lau dah start merengek,ngada2,nakal..hmm tak tahan gak aku.. Tapi dak kecik nya pasal..sabor jeler...
Posted in
Ass’kum dan salam buat semua… Syukur ke hadrat Allah s.w.t akhirnya aku berjaya juga untuk sign in ke blog aku nih setelah berminggu2 kumencuba. Blog ni sebenarnya dah lama aku create tapi tah macam mana lupa e-mail mana yang aku guna untuk create blog nih. Orang buat blog..aku pun nak buat jugak! Tulah akibatnya..

Pelbagai username dan password aku cuba,akhirnya ketemu juga… Gara2 selalu berposting dekat U untuk subjek English, maka timbullah rasa keinginan untuk berposting ni… Disebabkan itu jugalah, kalut aku dalam seminggu dua ni untuk memecah masuk blog aku sendiri… Haih..ada blog..tapi lupa username..trok btol!

Insya-Allah..dengan tertembusnya kembali blog aku nih, pastinya lepas ni aktiviti berblogging akan aktif kembali.. Tapi tula..blog dekat friendster lagi..yang blogspot lagi nak kena jaga.. Ada masa ke aku nanti..haih….

Apa2 pun.. syukur Alhamdulillah..penat lelah dan pusingnya kepala aku selama ni terbayar juga akhirnya dengan kejayaan menembusi kembali blog aku yang lama nih.. huhuu