Sebenarnya aku tak plan pon nak post entry baru kat sini.. Sebabnya malas
dan tengah bercuti..takde pape rasanya yang best sangat tuk aku share.. Tu yang lama gler tak update.
Seminggu dua ni alhamdulillah.. Aku rasa happy n takde pape masalah yang berat perlu aku hadapi
cam selalu.. Tapi mungkin malam ni segalanya berubah.. Cam yang pernah aku gitau sebelom2 ni..
Aku salu diuji dan ujian2 itu membuat aku lebih matang dan memerlukan aku lebih banyak
berfikir dan kadang2 mengajar diri aku untuk belajar dan sentiasa bersyukur dengan
setiap apa yang aku dapat..terima..hadapi..
Malam ni aku on9 agak lewat..sebab layan citer kat tv dulu.. Tapi ada masa aku on9 thru henset jer.
Cam biasa ah..bukak FB..BLOG.. dll... Then aku rasa cam malas jer nak bukak FB lama2...sebabnya
aku nak download Maharaja Lawak Minngu ke-10.. Tapi ntah camner.. Tetiba 'si dia' terupdate
'relationship status'.. Hu~~ maunya lemah tros jari-jemari aku nak menaip.. Hati n jantong ni toksah
citer ah.. Tersentap orang kata kejap... Tapi biarlah...memang aku dah jangka suatu saat benda ni
akan berlaku jugak.. Cuma aku tak pasti bila masa dan waktunya...
Untuk 'si dia'.. TAHNIAH... Semoga awak gembira dan sentiasa bahagia dengan pilihna hati awak.
Walau pon saya tak pernah ada peluang untuk berada di hati awak.. Tapi saya tetap happy
kerana pernah mengenali diri awak. Semoga pilihan hati awak kali ni adalah yang terbaik untuk
diri dan hidup awak. Kalo boleh biarlah berpanjangan hendaknya. Tak nak tengok hari ni awak
dengan dia.. Tak lama lepas tu clash.. Saya tak suka tengok orang couple untuk jangka masa yang pendek.
Betul..jodoh pertemuan semua tu di tangan Tuhan.. Dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang
jer.. Tapi sekurang2nya biarlah yang kali ni berkekalan dan boleh bahagiakan awak. Semoga dia juga mempunyai segala ciri2 yang awak nak...
Aku pon taktau nak taip apa lagi tuk malam ni.. Totally out of idea! Mungkin sebab benda ni kot..
Aku pon tak pasti malam ni bleh tido ke tak.. Biasalah..bila ada masalah memang susah giler aku
nak lelapkanmata.. Mungkin semalaman ni aku habiskan dengan dengar lagu2 tertentu...
Flash back balik moment2 yang best...n pape jelah yang berkaitan dengan 'si dia'...
Mungkin jugak aku cari2 balik sume 'history' time aku chatting awal2 ngan dia dulu thru skype.
Memang aku pernah save pon dulu... Tu lah gunanya 'kenangan'... Sesuatu yang hanya untuk
'dikenang'...huhuhuhu. Saat aku mula mengenali dia..uhhh... Mungkin dia pon dah lupa kot camner
kitorang kenal dulu... FB..FORMSPRING..SKYPE tulah medium yang pernah menghubungkan kami dulu...
K lah..tak nak citer panjanga...takde mood..n emosi btol2 ngha down..
Sebelom aku off9.. aku nak share 2-3 lagu yan pastinya setiap kali aku dengar..akan mengingatkan
aku pada dia... Sesungguhnya lagu adalah sesuatu yang benar2 membantu aku untuk mengenang
dan mengingati balik benda yang lepas2... Plek kan aku neyh??
Ni satu2nya lagu yang btol2 best pernah dia bagi kat aku.. Aku start layan lagu ni pon
sebab dia yang bagi... Sebelom tu orang len taktau sangat pon pasal lagu ni.. Thanks awak
sebab bagi lagu ni dulu.. Walaupon saya tau awak tak maksudkan pape thru lirik lagu ni..
Lagu ni plak lagu yang pernah 'mengantoikan' aku.. Korang takkan tau apa maksud
'kantoi' aku kat sini.. Hanya dia dan aku yang tau.. Malam tu terjadinya peristiwa yang tak best.
N kebetolan esoknya time exam..aku failed subjek tersebut.. huh..btol2 memberi impak yang besar..
(tlg jgn slh aggp+fkir+tfsir mksud kantoi td..bknnya bnda tak baik la wei..)
Lagu ni plak ada kena mengena ngan blog aku.. 'aku dan perasaan ini'.. dari lagu nilah
aku amik letak dalam blog aku..
Awak...thanks sebab pernah jadi kawan saya..pernah spend masa chatting ngan saya..
Pernah bersama saya bila saya perlukan awak.. Thanks sebab berkongsi macam2... Thanks sebab
awak tolong btolkan mood dan emosi saya bila saya btol2 down.. Memang bila awak ada saya
jadi happy..n bila awak takde saya btol2 down... Thanks jugak sebab pernah beri peluang call awak..
Kejut awak bangon subuh... N lastly..thanks sebab pernah menerima saya dalam hidup awak..
Tanpa semua tu..mungkin saya takkan kenal awak.. Jaga diri baik2 k...
~~THE END~~