Follow me on Twitter RSS FEED
Posted in

UNIC - Insan Bernama Kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

c/o Kusampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang kupinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ulang c/o

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

*** Alhamdulillah..dalam banyak2 lagu yang aku dok layan selama 3 4 minggu ni,akhirnya aku temui juga sebuah lagu yang benar2 memberi ketenangan dan kegembiraan buatku. Memang tabik r dengan lirik lagu ni. PERFECT 100% aku bleh kasi.. Dari start sampai la ending dia..Muzik besh..lirik plak memang bermakna gle2.. setiap hari mesti dengar lagu nih. Memang layan sangat2. And tuk dia..semoga kamu mengerti lirik lagu ini..kerana ia juga lahir dari hatiku..
Miss & Love Her So Much..