Follow me on Twitter RSS FEED
Posted in
ADA APA DENGAN CINTA


Bila disebut je pasal cinta..macam2 la keluar.. madah..kata2 indah..perumpaan..and so on. Tapi pentingkah cinta tu bagi sorang pelajar universiti?? Ada orang kata..bila ada awek time belajar..smua leh jadi +ve. Malas belajar jadi rajin belajar.. Yang tak bersemangat nak belajar pun..kadang2 leh dapat extra power! Tak kurang jugak yang tak berapa pandai,bleh jadi pandai bila dapat pasangan yang pandai.. Tapi situasi aku ni plak cam len je dari orang len. Belajar..takde la pandai mana. Nak kata sebab ada awek..tak bleh concentrate tuk stdy..awek pun takde! Nak kata takde awek,so belajar pon tak pandai..cam plek..jer bunyi?? Ramai je yang pandai2 yang berjaya2 takde awek time zaman dok universiti.. Haih~~


Alkisah nak dijadikan cerita..sebelum masuk U ni..aku dah bertekad..malas dah nak pk2 pasal cinta2 ni..wat serabut kepala jer.. Dah nama pun amik engineering.. Bak kata abang aku, nak cari awek..jangan cari awek dak engineering,sebab pakaian dorang..style dorang pon..dah cam laki..sebab nanti nak jadi engineer.. Hahahah. Tapi bila difikir2kan balik..bukan la semua camtu bro.. U ko memang la..sebab UIA.. Abis la tak laku semua dak2 pompuan engineering camtu.. Hhaahah


Awal semester 3 ni aku amik la balik subjek Engineering Math 1 sebab dulu kantoi..kuang3. Pening jugak la kepada nak settlekan jadual ari tu.. Banyak yang clash.. Setelah berulang-alik sari suntuk,so..aku pun berdaftarlah masuk satu kelas ngan dak2 junior ni.. Dak2 pure chemical..asalnya bukan kelas ni pun aku nak daftar..tapi lepas ada perubahan jadual,kelas ni je yang layak ‘menerima’ aku..hahahh . sebab yang len2 lagi trok clashnya..


Tah cam mana..1st class aku tu..dah terpandang kat sorang girl ni.. Hmm memang ari tu pandangan aku asyik terarah kat die jer.. Ish..janji aku dulu pun mula bermain2 balik di kepala.. Fikiran aku mula mengajukan pelbagai soalan.. “siapakah dia,apa nama dia,asal mana,matrix mana,dok blok mana,dah ada BALAK ke blom..” Hmm..dah lari nawaitu aku masuk kelas tu ari tuh. Seb baik la kelas tak start lagi. Dalam ramai2 dak pompuan kelas tu..asal la aku asyik nak tengok dia jer.. hmmm. Start hari tu,usaha aku tuk ‘mencari’ dan ‘mengenali’ dia pun bermulalah.. Macam2 yang aku buat..tak perlulah dicerita..sebab memang complicated sangat! Yang penting…aku berusaha dengan kudrat dan keringat aku sendiri…bukan guna benda2 tak elok yang haram k..

Then, dapat la..email dia..nama..dan macam2 lagi lah. Dan yang peliknya..semua yang aku dapat dan tahu pasal dia..semua secara kebetulan.. Macam senang je aku nak ‘kenal’ dak pompuan nih. Tapi aku takut jugak..orang kata “senang dapat..senang jugak terlepas”. Haih~~ Aku cuba mengenali dia dengan lebih dekat.. Alhamdulillah…baik budaknya.. Tak macam yang aku sangka..ingatkan jenis yang sombong..tapi ternyata jangkaanku jauh meleset! Setelah lama mengenali dia..ternyata memang aku mula suka dan sayangkan dia. Nak kata lawa..tak la lawa sangat…tapi ‘cute’ tu ada la.. Tapi bagi aku..lawa ke tak,tu bukan persoalannya..asalkan gembira dan bahagia..ok la..

Lau nak diceritakan sal dak nih..memang panjang..dan takkan abis. Just ckit info pasal dia.. Orang Kelantan jugak…R L nama dia.. Sukakan budak2..sama cam aku.. Rajin..matang dan pandai amik hati orang,dia kata dia romantik..tapi tak tunjuk sangat..mungkin btol la kot. Aku pun taktau status aku ngan dia macam mana.. Dia kata..dia tak nak pk pasal cinta2 ni..nak pk sal belajar jer dlu.. So..k aku leh trima.. Tapi kadang2 risau jugak aku..ke memang di hati dia memang dah ada orang lain… Tahlah..jodoh pertemuan di tangan Allah.. Sapa lah aku ni..tak mampu berbuat apa2.. Selalu jugak la aku dedicate lagu dan ucapan kat dia dalam radio U aku malam2..dengan harapan..dia mengetahui dan menyedari keikhlasan niat aku yang sebenar.. Tapi sayangnya..semuanya nampak cam blur2 je lagi.

Kesimpulannya..memang aku sukakan dia kerana diri dia..dan memang aku sayang dia sangat2. Tapi tak mustahil jugak suatu hari aku akan kecewa dan terluka disebabkan dia.. Aku hanya mampu berserah dan berdoa pada Dia… “Andai dia tercipta dan sememangnya yang terbaik untukku..Engkau permudahkanlah segala2nya bagiku. Andai dia bukanlah jodohku,Engkau putuskan hubungan kami dan Engkau tabahkanlah hatiku agar mampu melupakan dia dan mampu untukku membuang perasaan aku padanya sejauh mungkin…”
Miss & Love Her So Much… biarlah dia tak merasakannya..asalkan aku tahu..aku ikhlas menyayangi dia seadanya.
Posted in
AKU DAN SEMESTER 3


Sedar tak sedar, dah hampir setengah sem dah belajar tuk semester3(tahun 2) ni. Kejap je rasa.. Mungkin sebab dah 2sem/setahun belajar kat sini. Jadi dah tau dah macam mana nak hidup dan corak hidup kat sini. Tapi apa sebenarnya beza sem 3 ni dengan sem2 yang lepas??

Banyak sebenarnya perbezaan antara semester3 ni dengan 2semester yang lepas. Yang pertama, pastinya 2sem yang lepas aku tinggal kat hostel sana. 4 orang sebilik..dan tingkat atas sekali dari bangunan 5tingkat..haih~~ Tapi sekarang,aku dok umah plak..8 orang serumah,2orang sebilik dan ada 2 toilet. Yang sememangnya lebih selesa dan membuat aku gembira berbanding sewaktu berada di hostel dulu. Walaupun selesa,tapi jarak tuk ke kelas pastinya lagi jauh dan rasanya ada la 2x ganda jarak dulu. Huhu~~ berpeluh2 jugak la awal2 sem3 dlu time kena jalan kaki… Tapi Alhamdulillah..aku tetap bersyukur meskipun rumah aku ni berada antara blok2 terakhir di belakang sana,tapi bilikku ternyata selesa dan memuaskan. Banyak ruang tuk aku belajar dan tak sama cam dulu yang agak terhad. Yang paling best,aku bleh men laptop ngan study atas katil sambil meniarap seperti kebiasaan dan amalan favouriteku sewaktu zaman2 sekolah and tinggal kat umah dulu. Hahahah

Kedua, pastinya dengan kehadiran MODENAS GT128, CCL1862 ku yang ternyata memberi harapan dan sinar baru untuk aku terus belajar dan berjaya di sini..(cewah ayat~~hampeh!) Walaupun jauh untuk ke kelas,masjid dan sebagainya..namun dengan adanya motor kesayangan aku ni..semuanya jadi mudah dan cepat! Hahahah. Tapi ada motor pun,time management aku tetap dijaga, ke kelas seperti biasa tak pernah lewat walaupun bleh je nak gi lewat.. Namun adanya motor pun,banyak jugak cabaran dan dugaan bagi aku. Minyak motor pun nak kena pk..condition motor pun nak kena jaga.. Tapi malang,motor baru2 pun ada ada calar..haihh~~ni gara2 orang la..bukan sebab aku..

Seterusnya apa lagi ek?? Em..pastinya credit hours tuk sem ni jugak berkurang berbanding 2sem lepas..Kenapa?? Lu pk la sendiri…haih~~ menyesal pun ada.. Kenapa la dulu tak belajar btol2..?? Memang tak dinafikan sem ni sebenarnya agak ringan bagiku,masa kuliah pun berkurang.. Ternyata bleh relax and tak tension cam dulu2. Tapi aku mungkin silap! Sebab sem4 nanti aku akan kepenatan dan keletihan tahap melampau cam 2sem sebelum nih! Pastinya keperitan tu akan terasa dan hadir jugak nanti. Cuma tunggu masa dan ketikanya saja ia akan muncul..Huhuhu.

Apa yang masih menjadi persoalan dan sering menghantui diriku sekarang.. Ke mana perginya diriku yang dulu. Ke mana hilangnya zaman kegemilanganku dulu?? Kenapa aku masih tercari2 dan menanti detik dan saat itu untuk hadir dan muncul kembali dalam hidupku.. Kenapa aku tidak mampu secemerlang dulu dalam pelajaranku?? Haih~~ Tension dibuatnya! Menjadi the youngest in family pun kadang2 memang memberi tekanan kat aku. Dulu aku ingatkan abang2 dan kakak2 aku senang2 bleh masuk U..grad..dan keje, so aku pun cam tu jugak la.. Tapi sebenarnya, sekali lagi diri ni tersilap. Zaman berubah, cabaran dan saingan turut berubah. Tak bleh samakan zaman dorang ngan zaman aku.. Ternyata baru aku sedar..cabaran dan harapan besar dan tinggi menanti aku tatkala semua ingin melihatku turut berjaya seperti yang lain2.. Tapi ‘mampukah’ aku untuk merealisasikanny?? Allah saja yang tau..

Nak dimudahkan cerita, aku perlu sedar dan berubah dari sekarang lau nak terus berjaya dan capai apa yang diinginkan keluarga, dihasrat dan dihajati diriku sendiri. Cukuplah dengan result SPM yang tah apa2..pointer Matrix yang cukup2 makan..dan pointer 1st year yang tak gempak langusng! Benarlah kata orang… “Sekali berada di puncak tak bermakna anda akan terus berada di puncak!” “Kadang2 kita di atas,kadang2 kita juga di bawah” Tapi malangnya kenapa sekali aku jatuh..susah sangat untuk aku bangun dan terus bangkit meninggalkan segala kelemahan2 aku dulu. “Berubahlah kamu wahai (......) pandanglah ke depan..berusaha dan carilah dirimu dan kecemerlanganmu yang dulu..” “Takut untuk berubah adalah racun kejayaan”. Inilah antara kata2 pembakar semangat untuk diriku setiap hari.

Semoga semester3 ni permulaan untuk diriku dan segala2nya…insya-Allah….
Posted in
MY NEW GT128


Lampu pun cam biru..



Dari depan

















Kanan... Kiri...








180 tu..jgn men2..!




Stylo...



Ada style dok???



CCL 1862 ku...


8 Julai 2009, hari Rabu…Hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya aku memiliki motosikalku sendiri. Pastinya Made In Malaysia, brand MODENAS dengan keluaran terbarunya GT128. Motosikal ni baru je launch Mac yang lalu klau tk silap aku la. Kiranya aku bertuah jugak la apabila menjadi antara pembeli dan pengguna terawal motosikal buatan Malaysia ini. Yang bagi aku mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri.


Dibeli pada hari Sabtu,5 Julai 2009 di salah sebuah kedai motosikal di Kuantan dengan harga…RM5000 lebih gak la..hahaha. Motosikal Modenas GT128 bernombor CCL 1862 kini sah menjadi milik aku. Sebenarnya kedai tu call ari Selasa lagi,disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan termasuk ada kelas dari pagi sampai ke petang…so aku decide tuk amik motor ni ari Rabu.


Patut la setengah2 orang kata..motor.kereta kadang2 sayang tu lebih dari awek or bini sendiri! Hahaha Sapa tak sayang oi…motor baru.. Tapi yang klakanya sal motor ni. 1st time nak bawa motor ni balik ke UMP..aku SESAT! Hahaha Sepatutnya dari Kuantan ke UMP Gambang dalam 30-40 minit je. Tapi tah camna ari tu aku gi ikut jalan yang salah..sampaikan lalu 2 buah tol..baru sampai ke UMP… Siot tol! Tak perlu lalu tol pun sebenarnya nak balik UMP..haih..apa ke jadah awal2 gi test motor??!! Seb baik tak kna bayar tol..lau tak..PADAN MUKA AKU!! Haah


Dipendekkan cta…aku sayang motor aku nih. Bialah orang nak kata KEDEKUT ke BERKIRA ke..aku tetap takkan LEPASKAN motor ni kat orang len buat masa terdekat ni..huhhuhu. Adanya motor ni bukanlah untuk aku lebih enjoy. Tapi digunakan sepenuhnya untuk tujuan PEMBELAJARAN.. Gna motor ni sebab nak gi kelas la..jauh… Kadang2 tu boleh je gi Kuantan..shopping ke… TAPI bukan tuk gi MERONDA2 ha…! Insya-Allah..aku akan jaga dan guna motor ni elok2. Walaupun beli dengan cash,tapi bagi aku motor ni tetap HUTANG! Hutangnya..aku kena belajar bersungguh2..grad..dan dapat keje yang elok. After that,barulah bagi aku HUTANG ni LANGSAI..huhuh


LOVE MY BIKE SO MUCH!


“To ride with me..CAN..other than that,SORRY…”