Follow me on Twitter RSS FEED
Posted in
AKU DAN SEMESTER 3


Sedar tak sedar, dah hampir setengah sem dah belajar tuk semester3(tahun 2) ni. Kejap je rasa.. Mungkin sebab dah 2sem/setahun belajar kat sini. Jadi dah tau dah macam mana nak hidup dan corak hidup kat sini. Tapi apa sebenarnya beza sem 3 ni dengan sem2 yang lepas??

Banyak sebenarnya perbezaan antara semester3 ni dengan 2semester yang lepas. Yang pertama, pastinya 2sem yang lepas aku tinggal kat hostel sana. 4 orang sebilik..dan tingkat atas sekali dari bangunan 5tingkat..haih~~ Tapi sekarang,aku dok umah plak..8 orang serumah,2orang sebilik dan ada 2 toilet. Yang sememangnya lebih selesa dan membuat aku gembira berbanding sewaktu berada di hostel dulu. Walaupun selesa,tapi jarak tuk ke kelas pastinya lagi jauh dan rasanya ada la 2x ganda jarak dulu. Huhu~~ berpeluh2 jugak la awal2 sem3 dlu time kena jalan kaki… Tapi Alhamdulillah..aku tetap bersyukur meskipun rumah aku ni berada antara blok2 terakhir di belakang sana,tapi bilikku ternyata selesa dan memuaskan. Banyak ruang tuk aku belajar dan tak sama cam dulu yang agak terhad. Yang paling best,aku bleh men laptop ngan study atas katil sambil meniarap seperti kebiasaan dan amalan favouriteku sewaktu zaman2 sekolah and tinggal kat umah dulu. Hahahah

Kedua, pastinya dengan kehadiran MODENAS GT128, CCL1862 ku yang ternyata memberi harapan dan sinar baru untuk aku terus belajar dan berjaya di sini..(cewah ayat~~hampeh!) Walaupun jauh untuk ke kelas,masjid dan sebagainya..namun dengan adanya motor kesayangan aku ni..semuanya jadi mudah dan cepat! Hahahah. Tapi ada motor pun,time management aku tetap dijaga, ke kelas seperti biasa tak pernah lewat walaupun bleh je nak gi lewat.. Namun adanya motor pun,banyak jugak cabaran dan dugaan bagi aku. Minyak motor pun nak kena pk..condition motor pun nak kena jaga.. Tapi malang,motor baru2 pun ada ada calar..haihh~~ni gara2 orang la..bukan sebab aku..

Seterusnya apa lagi ek?? Em..pastinya credit hours tuk sem ni jugak berkurang berbanding 2sem lepas..Kenapa?? Lu pk la sendiri…haih~~ menyesal pun ada.. Kenapa la dulu tak belajar btol2..?? Memang tak dinafikan sem ni sebenarnya agak ringan bagiku,masa kuliah pun berkurang.. Ternyata bleh relax and tak tension cam dulu2. Tapi aku mungkin silap! Sebab sem4 nanti aku akan kepenatan dan keletihan tahap melampau cam 2sem sebelum nih! Pastinya keperitan tu akan terasa dan hadir jugak nanti. Cuma tunggu masa dan ketikanya saja ia akan muncul..Huhuhu.

Apa yang masih menjadi persoalan dan sering menghantui diriku sekarang.. Ke mana perginya diriku yang dulu. Ke mana hilangnya zaman kegemilanganku dulu?? Kenapa aku masih tercari2 dan menanti detik dan saat itu untuk hadir dan muncul kembali dalam hidupku.. Kenapa aku tidak mampu secemerlang dulu dalam pelajaranku?? Haih~~ Tension dibuatnya! Menjadi the youngest in family pun kadang2 memang memberi tekanan kat aku. Dulu aku ingatkan abang2 dan kakak2 aku senang2 bleh masuk U..grad..dan keje, so aku pun cam tu jugak la.. Tapi sebenarnya, sekali lagi diri ni tersilap. Zaman berubah, cabaran dan saingan turut berubah. Tak bleh samakan zaman dorang ngan zaman aku.. Ternyata baru aku sedar..cabaran dan harapan besar dan tinggi menanti aku tatkala semua ingin melihatku turut berjaya seperti yang lain2.. Tapi ‘mampukah’ aku untuk merealisasikanny?? Allah saja yang tau..

Nak dimudahkan cerita, aku perlu sedar dan berubah dari sekarang lau nak terus berjaya dan capai apa yang diinginkan keluarga, dihasrat dan dihajati diriku sendiri. Cukuplah dengan result SPM yang tah apa2..pointer Matrix yang cukup2 makan..dan pointer 1st year yang tak gempak langusng! Benarlah kata orang… “Sekali berada di puncak tak bermakna anda akan terus berada di puncak!” “Kadang2 kita di atas,kadang2 kita juga di bawah” Tapi malangnya kenapa sekali aku jatuh..susah sangat untuk aku bangun dan terus bangkit meninggalkan segala kelemahan2 aku dulu. “Berubahlah kamu wahai (......) pandanglah ke depan..berusaha dan carilah dirimu dan kecemerlanganmu yang dulu..” “Takut untuk berubah adalah racun kejayaan”. Inilah antara kata2 pembakar semangat untuk diriku setiap hari.

Semoga semester3 ni permulaan untuk diriku dan segala2nya…insya-Allah….

0 comments:

Post a Comment

Nak komen eyh..?? Sila lah...heheheh