Follow me on Twitter RSS FEED

Sem Baru Tanpa Dia…

Posted in


Esok (dah kul 12.13am la....ari ni la kiranya..huhu) akan bermulanya sem 6.. Tapi bagaikan ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang membezakan antara sem ni dengan sem lepas. Ya! Sem ni dia takde lagi kat sini. Dia dah nak start LI (Latihan Industri)..aka practical…

Beza ke bila tanpa dia? Tak bleh keluar besama? Tak bleh makan bersama? Tak bleh study bersama?? Oh tidak…selama mengenali dia pon semua tu tak pernah terjadi sebenarnya. So..apa yang terasa sangat bila dia takde lagi..??

Walaupun sem ni dia takde kat sini..tapi dia tetap dan masih sebahagian daripada kami. Warga universiti aku! Namun yang pasti..aku terasa seolah2 kehilangan dia tros!

Pastinya bila ke kelas nanti..especially Blok W..takkan ada lagi peluang untuk terserempak dengan dia. Peluang perhatikan dia dari jauh. Tiada lagi kelibat dia kat situ! Selalu aku akan tengok dia pakai baju apa..kaler apa… Sedap mata memandang tatkala dia berbaju kurung.. Yup..aku memang meminati gadis yang berbaju kurung.. Sopan..ayu..manis..cantik.. But aku tak kesah..n still bleh terima bila dia pakai jeans n kemeja or t-shirt. As long as aurat itu ditutup dan dipelihara elok.

Dulu..bila melintasi KK4 sana..pandangan aku pastinya terarah ke parking2 lot kat situ. Tengok dari jauh kalau2 ada kereta putih itu.. Mana tau kot2 ternampak dia! Hilang skit rindu nih! :p Tapi jarang rasanya aku nampak… Mungkin terlepas pandang..tak pon park kat len. Sebab dah terbiasa.. Malam tadi bila kua nak gi makan pon..mata aku masih sempat menoleh ke arah kete2 yang banyak depan hostel KK4 sana.. Tapi sia2 jela kan..bukannya ada kete dia pon! huhuhu~~

Rindu..? Of course rindu! Walaupun dia tak pernah ada di depan aku.. Walaupun aku tak pernah tau pon apa yang dia buat sehari2 sebelum ni.. Apa rutin seharian dia.. Tapi bila sem ni..seolah2 macam dia terlalu jauh dari aku. Takde lagi kesempatan untuk aku curi2 tengok dia...follow apa aktiviti dia hari2..kelas malam..lab.. Bosan kot! Taktau nak usha sapa dah pasni..adeh!
  
Pasni dah tak bleh share pape dah ngan dia.. Kalau dulu internet dia weng..aku kat sini pon rasa.. Bila takde letrik ke..takde air ke.. Makanan cafe tak sedap ke... Apa yang berlaku kat sini.. Ada function pape.. Now kitorang dah wat hal masing2.. Dia kat umah.. N aku still kat sini.. Ape la yang sedang dia buat agaknya sekarang..?

Cukop la tuk malam nih.. Tak nak emo2 sangat..esok apgi ada kelas! Dia pon 1st day start LI.. All da Best 2 U awak!! Kje leklok ya.. Jaga diri leklok..Saya tak nak jadi pape yang tak elok kat awak! Walaupun awak tak pernah rasa n tau apa yang saya rasa..tapi saya tak kesah.. Saya ikhlas sayang awak.. Awak salu kat hati saya walaupon kadang2 saya tipu diri saya sendiri! Saya cakap je saya tak nak ingat awak! Tapi hati saya tak bleh tipu!

Jaga diri leklok..miss u so much!




0 comments:

Post a Comment

Nak komen eyh..?? Sila lah...heheheh